Farra Home Spa Beauty telah ditubuhkan pada tahun 2017 bermula dari satu idea perniagaan yang sederhana dan tidak bermotifkan keuntungan semata-mata. Misi kami ialah untuk menawarkan rawatan tradisional kesihatan dan kecantikan khusus untuk kaum wanita sahaja. Spa kami ini adalah sederhana dari sudut rekabentuk dalaman dan dekorasinya serta mesra pelanggan dan dilengkapi dengan peralatan yang berkualiti.Spa Kecantikan ini dimiliki oleh Puan Farra yang telahpun mempunyai lebih 4 tahun pengalaman dalam bidang ini. Beroperasi di Pengalat Besar, Papar sejak ditubuhkan sehingga kini.Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana operasi perniagaan Spa Kecantikan kami ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari para pelanggan wanita kami di sekitar PAPAR mahupun dari Daerah lain yang berdekatan seperti KIMANIS, BENONI, KINARUT, PUTATAN .....
Kami menerapkan konsep tradisional Melayu. Kami menawarkan adunan rawatan berdasarkan amalan tradisi orang Melayu yang menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti rempah ratus, tumbuh-tumbuhan, herba dan bunga-bungaan terpilih serta berkualiti tinggi sebagai ramuan utama dan adunannya.
No comments:
Post a Comment